icon-search

Elak 3 Cara Karut Besarkan Zakar!

Lelaki suka membesar-besarkan setiap perkara tentang diri sendiri apabila berbicara dengan orang lain termasuklah bahagian kemaluan mereka. Dalam masa sama, mereka secara diam-diam akan mencuba pelbagai cara besarkan zakar semata-mata untuk bermegah dengan pasangan atau kaum kerabat mereka.
vvnm.png

Persoalannya, adakah semua cara itu berkesan?


Saiz zakar yang Normal.

Sebenarnya tiada sebarang ukuran yang boleh menentukan sama ada saiz zakar anda adalah normal, kecil atau besar.

Ini kerana manusia lahir dalam pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang berbeza-beza. Disebabkan itu, fizikal secara semula jadi setiap manusia adalah berlainan termasuk saiz zakar mereka.

Jadi, anda tidak perlu terlalu gusar mengenai perkara ini sehingga sanggup mencuba pelbagai cara besarkan zakar anda.

Pun begitu, ada satu garis panduan tentang cara besarkan zakar yang mungkin anda boleh ikuti. Menurut kajian, zakar yang bersaiz normal adalah berukuran sekitar 5 inci (13 sentimeter) apabila mengalami ereksi.

Jika ia lebih panjang, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai besar.

Jika ukuran saiz zakar anda hanya 3 inci (7.5 sentimeter) apabila mengalami ereksi, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai kecil, juga dikenali sebagai sebuah kondisi yang dinamakan mikropenis.

Lambakan produk besarkan zakar di pasaran
Terdapat banyak produk yang dikatakan sebagai cara besarkan zakar yang sangat berkesan. Tidak percaya?

Anda boleh cuba layari internet dan lihat sahaja pop-up yang muncul di segenap skrin gajet anda! Selain itu, ada juga metode lain dalam cara besarkan zakar iaitu pengamalan senaman atau pembedahan kosmetik.

Ya, ia mungkin boleh meningkatkan kepanjangan dan kelebaran bahagian kemaluan anda. Namun, ia hanya untuk tujuan kosmetik semata-mata.

Hakikatnya, tiada satu pun produk atau metode yang terbukti berkesan secara klinikal. Malahan itu, ia juga sebenarnya mungkin akan mendatangkan lebih mudarat kepada alat sulit anda.

Contoh cara besarkan zakar yang karut.

Di seluruh dunia, terdapat bermacam jenis produk untuk membesarkan zakar. Negara kita tidak terkecuali daripadanya.

Hampir kesemua produk-produk ini juga tidak terbukti keberkesanannya secara saintifik malah mungkin akan merosakkan alat kemaluan anda.

Berikut merupakan antara jenis produk sebagai cara besarkan zakar yang popular:

#1. Pil
Pil besarkan zakar ini mengandungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang diwar-warkan oleh pengeluar boleh membesarkan saiz zakar.
Pun begitu, tiada kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanannya.

#2. Losyen
Losyen besarkan juga turut mengadungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang kononnya boleh membesarkan zakar.

Bukan sahaja tiada bukti kukuh mengenainya, ia malahan mungkin boleh membawa kemudaratan yang lain.


#3. Pam vakum
Ia memang boleh membuat zakar kelihatan lebih besar. Namun, ia hanya untuk sementara waktu sahaja. dan selalunya digunakan oleh lelaki dengan masalah mati pucuk.

Cara penggunaannya adalah memasukkan alat kemaluan ke dalam pam vakum ini untuk melancarkan perjalanan darah pada zakar, lalu membuat ia membengkak.

Ia mungkin akan membuat lelaki yang mati pucuk berupaya untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan. Namun, kesan jangka masa panjangnya akan menyebabkan tisu pada zakar rosak.

Cara besarkan zakar yang lain

Ada banyak cara lain dicuba oleh lelaki seperti teknik jelqing atau stretching yang tidak memerlukan sebarang penggunaan produk, cukup dengan tangan sahaja.

Pun begitu, masih ada kesan sampingannya kepada anda.

Sebenarnya, anda tidak perlu merungsingkan kepala anda memikirkan tentang saiz zakar. Lebih baik jika anda jalani hidup yang lebih sihat untuk memastikan ereksi anda lebih kuat secara alami.

Dalam erti kata yang lain, saiz tidak penting, yang penting adalah prestasi.

Bagaimana nak enjoy seks?

Ada satu keraguan mengenai lelaki dengan zakar yang besar iaitu bagaimana mereka mahu menikmati hubungan intim mereka? Adakah terdapat sebarang masalah yang besar? Ini jawapannya.

Menurut Dr Jennifer Landa, pakar kesihatan seksual yang berpangkalan di BodyLogicMD, Orlanda Florida, lelaki yang mempunyai alat kemaluan yang besar juga boleh menikmati seks yang sihat dan sejahtera. Berikut adalah rahsia yang anda perlu tahu:

#1. Gunakan pelincir
Untuk pengetahuan anda, zakar yang terlalu besar akan menyebabkan kesukaran ketika proses penetrasi walaupun faraj pasangan anda sudah ‘basah’ sepenuhnya. Oleh itu, penggunaan pelincir adalah sangat membantu.

Namun, pastikan anda gunakan alat pelincir yang diperbuat dari bahan alami seperti minyak kelapa untuk mendapatkan aura yang semula jadi yang ternyata jauh lagi selamat dan berkesan.

#2. ‘Foreplay’
Foreplay atau ringan-ringan- Perbuatan seperti berpeluk, bercium, bersentuhan atau seks oral akan membuat pasangan lebih terangsang sekali gus membuat faraj cepat basah.

Disebabkan itu, penetrasi akan jadi mudah dilakukan kelak meskipun saiz zakar terlalu besar. Jadi, ajak pasangan anda untuk melakukan ringan-ringan sebelum beralih ke aksi yang lebih berat.

#3. Pastikan saiz kondom sesuai
Lelaki dengan bahagian kemaluan besar perlu tahu dan memakai saiz kondom yang sesuai.

Ini kerana tiada siapa yang mahu alat kemaluannya berasa ‘tercekik’ akibat saiz kondom terlalu ketat dan sempit.

#4. Lakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan
Sebagai lelaki dengan saiz alat kemaluan besar, anda dan pasangan perlu melakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan kepada wanita.

Apa yang boleh dibuat adalah biarkan pasangan wanita anda yang mengawal proses penetrasi. Jadi, sila lakukan posisi seks yang sesuai, ya?

Konklusi
Kesimpulannya, saiz bahagian kemaluan yang besar memang impian setiap lelaki kerana ingin berbangga dan bermegah dengannya.

Namun, adakah ia benar-benar penting sehingga sanggup melakukan pelbagai cara besarkan zakar dalam usaha menjalani kehidupan seks yang bahagia? Hakikatnya, saiz nombor dua dan yang lebih penting adalah prestasi.

Your cart is currently empty.
Continue shopping